Saturday 4 June 2011

chingu chingu :)


tajuk story : chingu chingu
watak utama : A.S.F.I
tarikh dan masa : 4 jun 2011, 16:33
pengarang : SAL SAHWANI

di suatu tempat terdapat 4 orang sahabat baik yang susah untuk dipisahkan, AYU seorang sahabat yang happy go lucky but kdg2 suka wat orang sakit hati jugak la, hahah SAL seorang yang susa utk di fahami (betul ke ni, hahaha aku maen tulis je ni ) FASIHAH pulak ? die ni kadang2 seorang MISTERI, penuh dengan rahsia. ish ish (mai jgn marah . :) ) dan terakhir sekali IYKYN die sahabat yang yang memg amat memahami kawn2 yang lain. huhu

sejak kecil mereka berempat memg sering menghabiskan masa bersama-sama, indahnya masa itu hanya mereka sahaja yang tahu, dalam kegembiraan pasti akan ada kesedihan kan? huhuhu selalu nya mereka akan meluang kan masa dengan bermain DI ATAS BUKIT @ SEBELAH UMAH CIK KADIR . (hahah aku suke mengimbau masa lalu ku, jgn mara ) nak tau permainan yang sering mereka main? (menyanyi, panjat poko, lastik2, nyorok2, masak2, MARIA MARIANA pun ad tau , ape tuh ? haha hanya mereka jerlah yang tahu ) mereka juga mempunyai name samaran. AYU sherina balqis SAL shahira bakhtiya FASIHAH sheliza batrisya IKIN shafiqa basirah. SB SELAMANYA BERSAMA. :)



haha selalu bermain bersama-sama pasti akan ad pergaduhan kan ? huhu memang ada pertelingkahan antara mereka. kerna sifat-sifat yang berbeza. selalunya bila bergaduh SAL pasti akan bersendirian , amat menyedihkan :( (jgn marah tau, sebb ni betul, hahahaha ) namun mereka tidak akan pernah bergaduh begitu lama, paling lama pun 15 minit. HAHAHAHA :D tetapi apabila SAL berumur 9 tahun die terpaksa berpisah dengan rakan2 nya, dalam hatinya sering tertanya-tanya ADAKAH AKU TIDAK AKAN MENEMUI MEREKA LAGI ? :(  teramat sedih bler teringatkan kembali masa ini. huuuuu >,<


masa berlalu dengan pantas, 3tahun kemudian, SAL kembali menemui rakan2nya kembali. hahah sungguh berbeza keadaan tempat tuh. tp paling kelaka, baru sahaja SAL sampai di rumah lama nya , AYU DATANG KE ARAHNYA lalu mengajar SAL bermain di blok rumah IKIN. huhu kawan-kawan yang dirindui nya sudah ada di depan mata. air mata seakan mengerti perasaan ku. hampir menitis namun tetap digagahi agar tidak jatuh ke pipi. huhu :) ohh CHINGU CHINGU <3


ketika SAL DAN IYKIN berusia 15 tahun hingga 17 tahun mereka berada di dalam kelas yang sama. :) byk kenangan yang mereka ada. lebih lebih lagi jika mereka berselisihan pendapat, huhu sangat lucu utk ku bicarakan nya. hahah mereka duduk bersebelahan, ikin kidal mnakala sal tidak, bler masam muka mereka akan berlaga lengan sampai salah seorang akan tersalah tulis, hahaha jalan pnyelesaiannya ialah MENJARAKKAN MEJA DALAM 2 INCI. HAHAHA :) (IKIN KO INGAT LAGI TAK ? HUHUHU MALU MALU :D ) memang bayak kengn mase remaja. mereka sering kemana2 bersama. MENGAJI BERSAMA2, NASYID BERSAMA, KE SURAU BERSAMA2, SOLAT TERAWIH BERSAMA wahh indahnya waktu itu. :) hahaha biler pindah rumah lain, mereka tetap juga berdekatan. namun FASIHAH mendapat sekola berasrama penuh, amt sukar bagi mereka utk luangkanmasa bersama. raya pun begitu. ketika FASIHAH berusia 16tahun, SAL,IKIN , AYU bercadang utk membuat suprise party utk die. sangat best. mereka ber3 tiga berpakat dengan parents FASIHAH bagi menjayakan lagi majlis tersebut. ALHAMDULILLAH semua berjalan dengan lancar. :)


masa berlalu dengan begitu pantas sekali. pada 21 jun kot entah la, IKIN pergi utk sambung study di POLITEKNIK UNGKU OMAR, mereka meluangkan masa bersama sama hingga pukul 12pg. saat indah dirkamkan di dalam setiap kepingan gambar yang ditgkap pada malam itu. sangat menyedihkan. :( mereka akan berpisah dan akan hanya berjumpa sekali sekala. AYU DAN FASIHAH mempunyai peristiwa yang penting pada tahun 2010 iaitu SPM manakala SAL melanjutkan pelajaran nya dalam STPM di sekolah yang berdekatan. pada tahun yang berikut nya, AYU DAN FASIHAH juga mengikut jejak IKIN melanjutkan pelajran nya di tahap yang lebih tinggi. cerita BAHAGIA mereka tidak akan pernah berakhir. kerana CINTA MEREKA TERHADAP PERSAHABATAN SANGAT KUKUH. A.S.F.I tidak akan pernah goyah walaupun dilanda TSUNAMI. PERSAHATAN A.S.F.I tidak akan pernah berakhir. :)


P/S : AMPUN MAAF kalo cerita di atas akan menyebabkan anda semua terasa bosan. :(
        saya menulis mengikut pengalaman saya, hahah beb A.S.F.I jangan marah tau kalau2 ape yang ak cerita                                                      ni tak betul.hahaha saje2 je nak wat cerita ni. huhu sebb INILAH KENGAN PALING MANIS AKU. DAN KORANG LAH HARTA AKU YANG PALING BERHARGA. :) JGN TERHARU. :p

No comments:

Post a Comment