Tuesday 25 October 2011

B B Q time :) yummmy !

tempat : ukays perdana , rumah CIKGU SHUE
masa : 2 pm till 6 pm
yg join : all ppu senior and junior WANGSARIAN 2






YUMMY yummy ^___^




mkn timeee !


our junior 11/12

tukang masak :)
bm teacher a.k.a pk f6
bilik yang penuh kenangan :)
lihat mereka kusyuk makan :)
cuba tgk gambar ni , alyn said :)
az amy, best student 10/11
sesi bual bicara 

junior 11/12
alyn best student 10/11


sambil masak kita makan :)
buatan cgu shue


gambar kenangan cgu shue


kerisauan jelas terpapar :P
hahaha dah tade keje len :)


Monday 24 October 2011

hanya utk kitaa :)

 *Kekuatan tidak datang dari kemampuan fisik, tetapi ia datang dari semangat yang tidak pernah
mengalah
* Orang yang mempunyai kekuatan peribadi ialah orang yang kuat kemahuannya dan sanggup
melaksanakan sesuatu dgn tabah dan tekun mengikut prinsip yang dipegangnya.
* Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.
* Penghalang kepada kejayaan adalah fikiran sendiri, bukannya kecacatan atau kekurangan.
* Tidak ada usaha yang gagal, kegagalan adalah usaha untuk mencapai kemenangan.
* Hidup memerlukan pengorbanan. pengorbanan memerlukan perjuangan. perjuangan
memerlukan ketabahan. ketabahan memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan
kejayaan. kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
* Cita-cita tanpa usaha ibaratkan mimpi yang indah dan membawa kegagalan dan kekesalan di
dlm diri kelak.
* Orang yang benar-benar ingin berjaya akan mula memotivasikan diri sendiri terlebih dhulu,
kerana hanya dia yang memiliki kunci penggerak dirinya.
* Pengiktirafan dan ganjaran datang kepada mereka yang menunjukkan kualiti yang baik dalam
usahanya.
* Perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal terletak pada rohaninya. apa
yang dapat difikirkan menentukan apa yang akan dicapai.
* Kesusahan dan kesulitan adalah laksana musim dingin, basah dan lembab, tidak disukai insan.
tetapi sesudah musim sejuk itulah tumbuh bunga-bunga yang harum dan buah-buahan yang
subur.

*Semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah harapan….. Iman itu bukan
hanya harapan, ia adalah apa yang terpancar di dalam hati dan dibuktikan dengan amalan…
Setiap kita di dunia ini tidak mahu..memilih jalan yg derita ..hakikatnya tanpa usaha keajiabpan
tidak akan berlaku.
*kita jangan selalu mengharap..kerana mengharap tidak pasti tertunai..tetapi kita
boleh..bersabar..kerana kesabaran itu mengajar kita erti kehidupan
*jangan menangis kerana gagal dalam cinta..sebab manusia akan meninggalkan apa yg di cinta
keinsafan bukan mudah untuk di tatang, tapi jelas di ulang-ulang
sesungguhnya lidah itu lebih berbisa..dari segala senjata..jadi sebelum berkata fikirkan
akibatnya..
*zaman berubah tetapi..dendam manusia tidak pernah berubah..
lelaki yg gagah mustahil tidak pernah menangis..tapi, percintaan yg akan menyebabkan mereka
menangis..
*nilai persahabatan diukur dengan kejujuran..bukan kebendaan
jadilah ubi yg bertutup rapat…bukan kek yg berkrim tetapi..diharungi lalat..
kedewasaan tidak menghalang apa yg di inginkan oleh setiap insan…
manusia bagaikan layang-layang, dimana sering terikat dengan sesuatu..tidak dapat bebas dengan
sempurna..kecuali tali itu putus…barulah ia bebas melayang…





dengan tindakannya.
- Confucius
Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah
melakukan satu kesalahan lagi.
Kata-kata hikmah
Semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah harapan….. Iman itu bukan
hanya harapan, ia adalah apa yang terpancar di dalam hati dan dibuktikan dengan amalan…
Setiap kita di dunia ini tidak mahu..memilih jalan yg derita ..hakikatnya tanpa usaha keajiabpan
tidak akan berlaku.
kita jangan selalu mengharap..kerana mengharap tidak pasti tertunai..tetapi kita
boleh..bersabar..kerana kesabaran itu mengajar kita erti kehidupan
jangan menangis kerana gagal dalam cinta..sebab manusia akan meninggalkan apa yg di cinta
keinsafan bukan mudah untuk di tatang, tapi jelas di ulang-ulang
sesungguhnya lidah itu lebih berbisa..dari segala senjata..jadi sebelum berkata fikirkan
akibatnya..
zaman berubah tetapi..dendam manusia tidak pernah berubah..
lelaki yg gagah mustahil tidak pernah menangis..tapi, percintaan yg akan menyebabkan mereka
menangis..
nilai persahabatan diukur dengan kejujuran..bukan kebendaan
jadilah ubi yg bertutup rapat…bukan kek yg berkrim tetapi..diharungi lalat..
kedewasaan tidak menghalang apa yg di inginkan oleh setiap insan…
manusia bagaikan layang-layang, dimana sering terikat dengan sesuatu..tidak dapat bebas dengan
sempurna..kecuali tali itu putus…barulah ia bebas melayang…

cinta seorang sahabat







cinta seoarang sahabat dan juga cinta seseorang kekasih mempunyai perbandingan yang tersangat ketara bezanya. yeah cinta seorang kekasih mungkin boleh membuatkan hati kita gembira. tapi kegembiraan itu adalah sementara. mungkin cinta dari kekasih akan memyebabkan kita berasa begitu kecil apabila dipermainkan oleh mereka. tapi cinta seoarang sahabat sukar untuk ditandingi. cinta dan kasih sayang mereka yang akan kita ingat sampai bila-bila dan juga yang akan membuatkan kita sentiasa riang hingga ke tua, kadang-kadang apabila kita leka dilamun cinta kita sering kali lupa akan sahabat yang sentiasa berada disamping kita even hampir setahun kita menjauhkan diri daripada mereka. (bercerita atas dasar pengalaman ni. huhu :D ). tetapi mereka setia membantu kita apabila kesusahan, kesedihan. sedarkah kita mereka lah yang akan menggembirakan kita apabila kita ditinggal kan oleh seseorang yang bergelar kekasih? sukar ditafsir kesetiaan seorng kekasih terhadap kekasihnya. tetapi kesetiaan sahabat adalah abadi selamanya. cintailah sahabat kita seperti keluarga kita sendiri. dan sayangilah mereka seperti mereka satu-satunya harta yang paling berharga. 

p/s : post blog kali ni aku tujukan khas untuk
norasihkin shaharuddin
maizura idayu razak
maizatul fasihah
munirah muhammad
az adhibah idris
siti nur farah abdul hamid
nur syatilla yusof
nur nadhirah ahmad
atika zulkifli
nidia afira
aimi nadira yusof
azlina shahabuddin
pavithra thevi
fatihah nazari

<3 korang semua



Sunday 23 October 2011

hari terindah adalah hari bersama mereka :)

wahh graduation dah selamat di jalan kan pg tadi dan berakhir tpat kol 1.30.
riang ria hari ni akan tersemat dlam diri semua yang turut menjayakan majlis hari ni,
apepon hari ni mcm mcm gelagat yang mencuit hati semua orang.
walaupun aku dibuai perasan MENGANTOK. terpaksa bukak mata luas-luas utk turut sama2 ceriakan majlis tuh.
belum start majlis tuh, darah gemuruh tak mai lagi, bler sampai hotel VISTANA, sume pakat sibuk bergambar. kami pun mcm tuh jgk. al maklum lah sampai awl. kene tuggu beratus2 org lg, haha (pdahal nye sikit ja tak sampai 2rat. )
fyi : aku dapat cabutamn betuah tp .... (HADIAH TU AK BAGI BABY IRA ) haaha
yang paling untung skali AZLINA ZALI lah, huhu dapat hamper.
member lain cm sedih tak pat cabutan bertuah tp KAMI DAPAT HAMPER TEMPAT PERTAMA GAME MENCARI HATA KARUN. hhuhuhu dapat lah bwk balik hadiah.
(dalam permainan tu kami siapkan tak sampai 1 minit. hebat kan ?
SAIFUL harini dy wat tarian india, walaupun tak egt step, dy lah paling sensasi masa fashion show tau.
(go saiful go ! all the best 4 stpm, bygkan jwb exam mcm ko tga hafal step tarian)
huhu
lagi 2 orang mamat ni pulak ( SOUFIKH N ASYRAF )
dilanda kebosanan sampai ada idea gila nak jadi bodyguard bdk fashion show.
tapi sebab si UP lah SIR KARTHIK gelak besar. huhu
kata asyraf (aku pelakon yang hebat kan ?)
gelabah giler kan ?
makanan harini paling ternaik, sedap sangat,
tp paling terkilan. hemm tak dapt nak bergambar dengan cikgu kesayangan kami,
PUAN ROSNANI. <3

ni antara gambar - gambar yang menjadi kengan :)

kami bersama cikgu shue :)

bersama sama sir karthik and cikgu shue :)

ini dia gadis ayu pra-u senior

budak laki yg hanya ada dalam kelas kami :)


amy sal az alyn <3

kusyuk aku mendengat encik emir berucap :)


saiful fatiha sal az pavhi alyn haslina


kami besama puan zurina

ni madam kami . madam no :)

aku melukut di tepi tangga. haha :)


Saturday 22 October 2011

nukilan pertama

Hari ini genaplah usiaku 24 tahun iaitu pada 7 ogos 2016.
Tapi hatiku rasa tidak keruan, puasku berfikir kenapa agaknya. Sedangkan pada tahun-tahun sebelumnya aku tidak pernah berperasaan begini. Lagi membuatkan aku rasa kecewa ialah pada saat-saat hari gembiraku ini orang yang paling kusayangi sudah melupai tarikh ulangtahunku.
Puas sudah kumenunggu panggilan darinya. hingga membuatkan aku tertanya-tanya kenapa dia tidak mahu menelefonku. Aku bukannya mengharapkan apa -apa cuma sekadar ucapan darinya. Itupun sudah cukup memadai bagiku. Memang aku akui aku dan dia memang jarang bertemu kerana aku di K.L manakala dia pula di Pantai timur. Jarak antara K.L dan Kelantan membataskan pertemuan kami tetapi itu tidak menghalang percintaan kami. Malah ikatan kasih sayang itu semakin bertambah dan sentiasa dibajai dengan perasan dimiliki dan ingin dimiliki.
Sedang aku termanggu sendirian, tiba – tiba aku dikejutkan dengan deringan telefon. Alangkah gembiranya hatiku apabila mendengar suaranya ditelefon.  Kurasakan penantianku berhasil. Jika dia berada didepanku ingin aku mendakapnya sebagai tanda terima kasihku. Tetapi suara hatiku berkata kenapa baru sekarang dia hendak menelefonku.Argh… persetankanlah dengan semua ini. Asalkan dia sudah menelefon itu sudah mencukupi. Tetapi segala apa yang kuangankan umpama kaca terhempas ke batu.  Bukan ucapan ‘selamat hari lahir’ yang terungkap di bibir mungilnya tetapi dia hanya menyatakan bahawa dia tidak dapat meneruskan perhubungan kami lagi. Dan dia mendoakan agar aku tabah menghadapi hari-hari yang mendatang. Ya Allah ujian apakah ni. Begitu mudah sekali dia memutuskannya. Tidakkah dia tahu yang aku benar-benar menyintainya. Hampir 4 tahun usia percintaan yang kami bina dan dia dengan mudah sekali melafazkan kata perpisahan. Sedangkan selama ini dia tahu aku bertungkus lumus berusaha mengumpulkan wang. Ini semata-mata kulakukan untuk bersamanya suatu hari nanti.
Puasku memujuknya agar memberitahuku apakah kesalahan yang telah kulakukan sampaikan dia sanggup berbuat demikian. Akhirnya dengan rasa sebak dan terharu dia menyatakan bahawa dia terpaksa mengikut kehendak kedua orang tua dan keluarganya. Dimana dia akan dijodohkan dengan ahli saudara terdekatnya.
Bagaikan gelap kurasakan duniaku ini. Tambah pilu hati ini lagi apabila aku mendengar suaranya yang tidak henti-henti menangis . Kalau diikutkan hati mahu sahaja aku ke Kelantan untuk menemuinya. Tetapi apakan dayaku.
Aku benar-benar bingung ketika itu dan tidak tahu kepada siapakah untuk aku meluahkan perasaan yang berserabut ini. Ingin sahaja aku curahkan segala rasa hatiku kepada kedua ibubapaku, tetapi aku tidak sampai hati kerana selama ini mereka berharap agar aku dan dia akan bersatu. Di saat-saat ini barulah aku terfikir alangkah baiknya sekiranya aku mempunyai seorang kakak. Bolehlah aku meminta pandangannya. Hanya insan yang bernama wanita jualah yang lebih mudah memahami soal hati dan yang melibatkan perasaan kerana jiwa wanita ini amat halus dan penuh perasaan sentimental.
Hari-hari yang kulalui terasa kosong, hambar dan hilang serinya. Begitu jualah yang jelas kelihatan pada raut wajahku. Selama ini aku memang diketegorikan sebagai seorang yang terkenal dengan sikap periang. Tetapi semenjak kebelakangan ini aku mula bertukar watak malah sering bermurung. Bagiku sudah tidak ada makna lagi. Semenjak peristiwa itu aku telah berazam tidak mahu melibatkan diri lagi dalam soal percintaan. Hatiku telah tertutup rapat untuk mana-mana lelaki. Aku sendiri pun tidak pasti sampai bilakah ianya akan terubat. Aku juga tidak mahu orang lain menyedari akan perubahan yang berlaku ke atas diriku. Segala susah payah biarlah ku sendiri yang menanggungnya. Bak kata pujanga “Berat mata memandang berat lagi bahuku yang memikulnya.
Ku ingatkan aku boleh bertahan tapi rupanya aku masih belum kuat lagi untuk menerima ini semua. Ku buangkan segala perasaan maluku, pernah ku menangis di hadapan 3 0rang sahabatku. Mereka jua pernah mengatakan yang mereka tidak sampai hati melihat keaadan aku dan takut ianya akan menjejaskan kerjayaku. Malah mereka berdualah yang banyak memberi ku perangsang dan semangat untuk aku terus bangun dari diselimuti oleh perasaan gundah gulana sepanjang masa. Terima kasih kalian berdua “ayu, mai dan ekin”.
Berkat sokongan dan dorongan dari mereka aku telah membulat tekad bahawa aku akan cuba sedaya upayaku untuk memilikinya. Bak kata pepatah “alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan”. Berbekalkan semangat inilah aku meminta kedua ibu bapaku masuk meminang si dia. Walaupun aku sedia maklum bahawa sidia bakal dijodohkan dengan orang lain. Tetapi kurasakan yang aku masih lagi mempunyai peluang. Sedangkan orang yang sudah berkahwin pun boleh bercerai. Inikan pula si dia yang baru hendak dijodohkan dengan orang lain. Bak kata orang ” the best woman win”.
Pada mulanya kedua ibu bapaku enggan menurut kehendakku tetapi disebabkan aku beria-ia akhirnya mereka mengalah. Terima kasih buat emak dan ayah. Setelah mencapai kata putus. Ibu bapaku berbincang dengan kedua ibu bapa si dia mengenai hasrat hatiku. Walaupun hanya berbicara melalui telefon, akhirnya mereka bersetuju untuk menerima aku sebagai sebahagian daripada keluarganya.
Akhirnya, setelah pelbagai dugaan telah kuharungi. Aku dan keluargaku berpindah ke SELANGOR. Ku panjatkan syukur ke hadrat Ilahi, pada tanggal 17/7/ 2017 cincin pertunanganku telah selamat disarungkan dijari manisnya. Bahagianya kurasakan disaat itu. Aku berjanji dengan orang tuanya bahawa aku akan menjaga anaknya dengan baik serta akan menjadi seorang isteri dan ibu yang baik kepada cucu-cucunya kelak. Insyaalah.
Aku bersyukur pada yang Esa kerana telah memakbulkan doaku selama ini. aku juga berharap agar perhubungan ini akan terus berkekalan hingga ke akhir hayat. Walau sebesar mana pun gelombang yang melanda aku berjanji akan cuba untuk menempuhinya. Aku akan pastikan orang yang aku sayangi akan sentiasa berada disisi.
NUKILAN KU, salsahwani :)

Sunday 2 October 2011

bayangan fantasi ^__^

saat saat indah ku rasa kan seperti aku berada di alam fantasia, seandainya aku mampu terus hidup di dalam dunia ini selamanya, aku lah insan yang paling teristimewa dan sempurna. namun segala yg indah pasti akan meninggalkan kita juga. apabila saat indah pergi akan mula lah kehidupan yang penuh dengan saat saat yang perit, kusam dan malap. susa untuk aku kembali ke dunia yang penuh dengan keindahan seperti dulu. adakah ini dugaan yang harus aku tempuhi ? bilakah aku akan hadapi kebahagiaan ? masa beganti masa, kehidupan ku masih lagi seperti ini. makan tak kenyang, tidur sering dibayangi dengan mimpi yang ngeri. setiap kali menutupkan mata, ak sering kali berharap. 'apabila setiap kali pagi muncul, aku ingin berada di dalm dunia yang penuh dengan saat indah seperti dulu. aku sentiasa merindui saat2 indah itu. ' dunia ku sekarang penuh dengan ujian. lagi lagi aku merupakan anak sulung dari 4 orang adik beradik. aku harus melakukan segala nya bgi membantu mama ku. mungkin banyak sahabat yang tidak mengetahui tentang kehidupan mereka dan ada juga yang mengetahui tentang diri ku ni. kehidupan ku tidak seperti yang mereka ketahui. mungkin kadang kala aku mampu tersenyum dgan mereka tp hati ku bagai kan dihiris2 dan disiat2. kehidupan sebagai insan seperti ak amat memerlukan sokongan dan dorongan dari mereka2 yang mengenali ku. namum ada juga yang akan berganjak pergi jauh dari ku apabila tidak dapat menahan diri mereka untuk terus memberi dorongan kepada aku. aku tahu bukan seorang kawan yang sempura seperti kamu semua. namun aku masih ingin terus berada disamping mereka agar aku dapat semangat untuk teruskan hidup demi mama ku. aku harus berusaha untuk terus tersenyum dan bertahan dengan segala yang berlaku di dalam rumah ku ini juga di persekitaran ku. terima kasih kepada mereka yang sering ada bersama saya. dan minta maaf kepada mereka yang sering disakiti. :)

p/s : aku engat nak buat cerita tapi masalah aku asyik muncul dalm fikiran je. ishhh :)